Monday, June 15, 2015

Miskin atau Kaya



Semakin hari semakin aku melihat setiap manusia dengan pelbagai karenah


Miskin ?
Ada miskin pemurah
Ada miskin berlagak kaya
Ada miskin malas berusaha
Ada miskin sangat rajin

Kaya ?
Ada kaya pemurah
Ada kaya yang memang berlagak kaya
Ada kaya yang taktahu bersyukur
Ada kaya yang hina orang lain

Mereka yang miskin dihina hina
Mereka yang miskin dihenyak henyak seolah olah tiada maruah
Kau pandang mereka sangat jijik
Kau bercakap dengan mereka seakan akan kau bercakap dengan orang yang kotor
Tidakkah kau terfikir kau dan dia adalah Makhluk Ciptaan Dia Yang Satu ; Allah
Allah bagi PINJAM kau harta , kekayaan , pangkat , kedudukan atau taraf yang tinggi bukan untuk kau hina orang yang MISKIN
Allah nak tengok kau tu ingat tak orang yang memerlukan
Allah nak tengok harta yang dia bagi tu kau buat apa
Allah nak tengok kau hina ke atau kau buat baik pada orang lain

”Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim: 7)[7]

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Kau ada
Dia tiada
Kau ingat harta tu melambangkan hati seseorang ke ?
Kau ingat harta tu boleh bawak sampai kubur ?
Kau ingat harta tu boleh tolong kau masuk syurga ?
'Wah ! kau banyak harta mesti mesti masuk syurga'
Jangan menilai tu semua
Hanya Allah swt yang dapat menilai semua nya
Kita sebagai makhluk yang di muka bumi ni memang taklayak nak nilai

Kaya tetapi selalu merasa kurang
Kaya tetapi selalu mengeluh
Kaya tetapi buat amal untuk menunjuk nunjuk
Itu kaya yang takpernah bersyukur namanya
Itu kaya yang rasa dia punya harta segalanya
Takpernah peduli apa orang minta
Takpernah peduli apa yang orang susah

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan yang menerima, mulakanlah dengan mereka yang di bawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah itu adalah yang tidak mengorbankan keperluannya atau keluarganya, sesiapa yang menahan daripada meminta sedekah dia akan dijaga oleh Allah S.W.T, sesiapa yang merasa berpada-pada maka diberikan Allah S.W.T kelegaan kepadanya.” Riwayat Bukhari dan Muslim

Dari Hakim bin Hizam r.a, katanya, Nabi s.a.w bersabda:”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulailah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Siapa yang memohon dipelihara (agar dia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan siapa yang memohon dicukupkan (agar tidak ada ketergantungan selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (Bukhari)

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

Harta itu hanya ujian di dunia
Ujian yang dapat mengingatkan kita tentang akhirat kelak
Kalau kau nak Tuhan tu bagi kau rezeki , bagi kau murah rezeki
Kau kenalah pemurah dengan orang lain
Bukan nya kau buang je dia macam tu
Takkan kau nak bawak harta tu tidur sekali dalam kubur .
Sematkan dalam jiwa .

Bagi yang kurang harta tu jangan lah nak berlagak macam orang kaya
Buatlah apa yang kau mampu
Jangan kau terlalu ikut ikut orang yang mampu
Nak beli itu ini
Nak Nak Nak
Tapi harta kau yang seciput tu jangan kedekut sangat

'Aku miskin jadi takpayah lah tolong orang yang lagi miskin dari aku'

Jangannnnnnnnn ~
Mungkin kau tolong tu ada Allah bagi kau rezeki lagi baik dari sekarang

Murahkan hati
Bersihkan jiwa

Monday, June 8, 2015

Wedding Keknis & Captain Hairul

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim .


06062016 , Sabtu . Shah Alam

Majlis Persandingan Hanis Zalikha & Hairul Azreen ((#WalimatulurusHanisHairul))
Sepanjang Majlis tu ramai gila orang . Masa sampai tu pengantin takdatang lagi . Makanan kat situ Ya Allah banyak sangat dan sedap sangat . Semuanya semuannya aku rasa . Sampai habis majlis aku still amik makanan . Paling paling sedap tempe dia . SubhanaAllah . Dessert semuanya feveret aku . Terimakasih anty Nani di atas undangan yang diberikan .

Sebelum aku meng-share gambar  gambar yang lain aku nak jawab soalan yang berpuluh orang tanya

"Keknis nak amik gambar"
"Okay amik gambar sambil jalan kay"

Selamat Pengantin Baru Keknis & Captain . Semoga berbahagia selalu hingga ke akhir hayat . Dapat menempuh segala dugaan denga redha kerana Allah s.w.t . Raya please raya kat johor kay . HAHAHAHAHAHAHA

Camne boleh dapat kad jemputan dari keknis ?

Macam ni cerita nya . Cerita tu takde la panjang sangat . Ayah aku ngan Mama Keknis tu kawan masa kat sekolah menengah . Tadaaaaaaaaaaaaaa~ tu je cerita dia . Lepas tu dapat la kad tu . Bukannya selalu aku jumpa Keknis . Baru je dua kali jumpa . Dengan mama dia dah banyak kali dah jumpa . Dah tu je jawapan dia . Takpayah nak tanya tanya lagi .Takde kaitan saudara sedarah pun , hanya saudara seislam . Muahhhhahahahaha

Sekarang tiba masanyaa untuk memaparkan gambar gambar sepanjang Majlis Persandingan tu .





Ketibaan pengantin lelaki 
Keknis sumpah macam Princess masa tu . 
Masa ni aku sibuk ngan dafi . Mummy yang sibuk kejar Keknis sampai ke pelamin . Paling paling best persembahan kompang dari muar . Ya Allah sangat sangat best . Cuma aku takdapat nak amik video full , sebab ramai orang tinggi tinggi . Monopod dah patah jadi panjangkan tangan je lah amik video .((nanti aku upload kat insta kay))

Bukti aku datangg .hahahahahhahaha .


Dafi such a cute guy , humble , peramah . Dari jauh nampak dia macam takpercaya boleh jumpa . Tergamam sebab memang memang baby face .
@dafiismailsabri



@hunnymadu
@ziranabil & @jihanmuse


Pretty Fouziah Gous , lembut sangatt . Mummy sampai taksedar pegang pipi dia . 'eeee cantiknyaaa awakkk' taktau malu betul mummy tu .
@fouziahgous & suami

@dazrin88


@nadnisaa

@akmalnazri
Ni jumpa masa dia nak duduk . Kay peramah peramah taksombong langsung . Lain gila dari Oh My English . Hensem tu sama macam dalam OME . Tapi ni lagi hensem

Perbualan antara aku & jibam
'Eh Jibam'
'Eh hai , dah makan ?'
'dah dah'
'sihat?'
'Alhamdulillah sihatt . abang nak amik gambar . tapi abang makan dulu kay'
'okayy'
 

Actually masa ni dah nakbalikk , tetiba amarbaharin dengan amyrarosli datang . Terus ramai serbu . Masa amik gambar ramai jugak aku dengar 'kita tengok awak kat Suamiku Encik Sotong'
@amarbaharin & @amyrarosli

@fynnjamal
Ada cerita disebalik gambar @fynnjamal ni . Masa mula mula aku sibuk salam anty nani lepas tu ayah cakap la "eh qila ni fynn"

Dengan laju je aku terus peluk kokping .

"Ya Allah nak nangis , best sangat dapat jumpa kak fynn"
"Jangan nangis sayang"

my mom cakap "dari rumah ni ha fynn asyik cakap nak jumpa awak"

"Alhamdulillah dapat jumpa saya jugak kan ?"

Dapat jumpa juna , yang selama ni tengok kat insta je . Dapat jumpa depan depan pegang pipi di pegang lembut tu . Dapat peluk kokping . Sukaa sangat .

"Ni umur berapa ?"
"Da habis sekolah da , dah nak sambung study"
"oh yeke ? goodluck ye sayang , belajar rajin rajin . Semoga berjaya di dunia dan di akhirat"
"In Shaa Allah , thanks kakfynn"


Okayy itu je . Orang nak tengok gambar je bukan nak baca cerita . 

Syukran Jazilan .

Thursday, June 4, 2015

#whenAndigotravel - Pekan Pahang

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim .

Haiiiii what's up? Entry baru pasal holiday jugak dan masih dalam Malaysia . Orang lain da sibuk sibuk dah sambung study kat sekitar Malaysia , ada yang dah dekat overseas dah  . Aku je lagi tengah countdown sampai lah 20 Jun nanti . Lamanyaaa nak tunggu~

Baru je tadi petang aku sampai Johor dari Pekan Pahang . Sumpah this vacation langsung langsung takdirancang . Macam ni tau kisah dia , ayah ada kursus dengan Media jadi ayah tanya "nak join tak pegi Pekan" oi gila taknak join . Ya Ampun mestilah nak join . Lagipun cuti kot daripada mereput duduk rumah ulang benda yang sama hari hari baik buat benda lain kan ? Jadi malam tu prepare barang . Macam macam aku sumbat , last last sampai sana tudung takcukup . Memang ulang ulang je lah pakai tudung yang sama . Apa aku kisah . Orang taktau pun .

Gerak dalam pukul 9 pagi macam tu hari selasa 2 Jun 2015 , sebab nak pusing pusing Bandar Raja tu . Semua makanan kat situ nama raja . Maigadddd~ sedap gila pulakkk tu . Singgah Mersing dulu , lalu Mersing la kan sebab dekat sikit . Sebenarnya dari Johor sampai lah ke Mersing aku tiduq je . Bangun bila lunch pastu tiduq balik . Habit lah kot masuk kete terus tiduq .

Sampai Pahang dalam pukul 12tengah hari . Singgah Muzium dulu .







Lepas aku ajar ayah selfie , pegi mana mana mesti mesti dia selfie


Haiwan haiwan kat sini semuanya mereput . Ingat aku je yang mereput . 



Lepas pergi muzium terus check in hotel . Dan bersenang lenang .

Pendekkan cerita terus esok punya cerita lah kan , penat sudah nak menaip . Idea pun dah takdak

Karl Shafek yang sungguh kacak .
 Masa mula mula jumpa kat lobby tau . Aku tengah sibuk main phone tetiba nampak la abang kacak bergaya ni lalu . Sumpah tergamam . Senyum je . Mungkin dalam hati dia "asal lah budak ni tengok aku macam ni" Macam terpegun gila nampak , macam first time nampak lelaki kacak macam tu . Hahahahahahahahaha . Konon nak tunggu lagi la dia lalu lepas tu taklalu lalu pun . Naik la atas tukar baju nak swimming . Pastu masa nak pegi swimming pool tu nampak dia dekat dekat situ Ya Ampun sumpah happy . hahahahahha over mampos kan . Aku cakap okay lepas mandi nak amik gambar la kan , sebab nampak dia busy . Tengah tengah swimming mummy aku da pegi selfie dulu . Makkkk~pehal sehhh . Dengan cepat aku keringkan badan . Jumpa dengan abang tu cakap nak amik gambar . Hensem woi ~ Okay habis dah tu .

Pendekkan lagi cerita terus keesokkan harinya , last day kat Ancasa Royale Hotel .

Balik singgah la satu tempat sangat sangat sangat bersejarah

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~
Habis tengok tengok terus la balik Johor . Pegi cari Sambal Hitam , mak aku nak sangat . Lunch kat Kota Tinggi . Pastu habis . Pastu lusa berangkat ke Kuala Lumpur untuk wedding Keknis ngan Captain .

Syukran Jazilan .