Tuesday, December 29, 2015

#2015bestmemories



 
Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim 

Since hampir semua orang post kat instagram #2015bestnine dan 2015 pun dah nak tinggalkan kita . Just kenangan je yang dia bagi kita kan . 

2015 ? 

Banyak benda baru yang aku belajar , aku dapat . Suka duka , kenal dunia , kenal orang luar . Semua lah . Mungkin aku dah lebih matang dan memang perlu tahu semua benda yang ada kat dunia ni . Dalam setahun ni (2015) hampir semua benda aku dapat .

Alhamdulillah . Allahu . 

Terima Kasih Allah . 

Kita mula dengan Januari dulu pastu akhir dengan Disember . 

Januari :
Dah habis Spm masa tu . Aku mulakan 1 Januari dengan reputan yang sangat reputs . Depa semua kirja , cheq ja duduk rumah . Ada yang pergi plkn . Ada yang dah sambung study dah pun . 

Februari :
Lagi sebulan je aku nak tunggu result Spm . Start je bulan ni , aku asyik nangis . Sebab yelah ingat balik ,apa yang aku jawab masa exam tu . Dah lah susah gila nak mati . Pastu ingat nak sambung study . Ya Allah memang hati mati masa tu . 

Mac :
Result pun dapat . Even takde lah gempak mana . Tapi Alhamdulillah . Usaha , doa dan tawakal dapat juga result yang baik . Pastu tunggu panggilan dapat mana . Eh ! Lupa ! Masa ni mohon dulu . Lagi lah aku nangis . IPTA untuk akaun kebanyakkan jauh jauh . 

April :
Aku mohon IPTS (KPTM) . dan aku dapat jugak IPTA (UITM Seri Iskandar). Kena buat keputusan lagi . Jadi aku pikir masak masak aku amik IPTS 

Mei :
Prepare barang nak masuk . 

Jun :
Ni paling best . Dapat pegi wedding Keknis&Captain . Pastu dapat jumpa orang paling aku nak jumpa (Fynn Jamal) . 20 Jun aku dah start sambung study . Duduk bilik dengan orang luaq Johor . Pastu dapat classmates baru . Semua baru . Lagi ? Dapat jumpa KJ masa tu sebelum wedding Keknis . Sebelum tu jumpa Karl Syafik (macam salah eja) kat pahang .

Julai -> November :
Study study study main lagi banyak dari study . Pastu exam final . Alhamdulillah dapat dekan . kawan kawan yang selalu ada dengan aku (Mmates) pun dekan . Dapat kawan yang selalu ada dengan kita . Dapat nombor crush . HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA .

Disember :
Yang tadi tu lah dapat result . Kan ! Pastu pegi bercuti . Dah lama takbercuti dengan family . Dan Tamat 2015 . 

Terima kasih Allah .

Banyak kenangan yang ada . Banyak sangat benda baru . Allahu . Aku harap 2016 pun dapat banyak luck macam 2015 . Amin~

Dan sedar ramai yang meninggalkan aku dan kita . Alfatihah .

Sunday, December 27, 2015

#whenAndigotravel : Melaka - day 1

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim


So , trip yang terbaru still dalam Malaysia . Kita ke Negeri Bersejarah di Malaysia . Melakaa` *Tepuk tangan sikit*

Orang cakap "Apa ada kat Melaka ?" Ha ! ni lah aku nak cerita . Short trip tapi dapat banyak benda baru . Bila ambil gambar sana sini sangat excited sampai taksabar nak update .

Bermula hari khamis . Masa ni kan cuti sekolah . Memang ya Ampun jalan sesak . Susah nak gerak . Tapi musim cuti sekolah ni lah banyak promotion sana sini . Tu yang orang jalan bila cuti sekolah atau cuti panjang kan .

Hari pertama :

Kita mulakan dengan Bandar Hilir dulu .
 
Untuk taknak penat jalan kaki , pusing pusing Bandar Hilir , kita boleh sewa beca . Dalm rm 30 , ada beca yang kita boleh tentukan berapa lama kita nak naik . So , sebelum naik tu tanya tanya lah dulu . 

Dan aku takfaham kenapa semua beca ada kartun . Takletak kartun lagi cantik weh .




 Semua gambaq ni abang beca yang ambikkan . Takku sangka Takku duga abang beca pandai ambik gambaq cantik cenggini .

 Sepanjang abang abang beca bawak kitaorang pusing pusing , diaorang setkan jugak masa untuk ambik gambar kat mana mana tempat . Dalam 5 minit je . Taklama pun .

Bila naik beca dia punya kecoh ya Tuhan . Kecoh betul . Dengan speaker yang kuat kat belakang beca tu . Dengan kitaorang gelak macam takpenah tengok beca . Kalau malam pulak beca2 niada lampu lampu warna warni ceria di Hari Raya . Jalan kat Bandar Hilir je pun sampai ke malam jadinya .

Kat Bandar Hilir sekarang dah banyak dah tempat shopping . Ambik gambar hipster pun banyak . Yela sekarang kan zaman zaman hipster pulok . Tempat makan jangan cakap lah . Memang banyak , tapi kena rebut tempat duduk lah . Takda makna nak makan santai santai . Dia punya ramai orang nak makan tu MasyaAllah . So , rasa lah kejap ala ala macam kat Jepun . Semua benda nak laju . Nak lintas jalan pun takboleh lenggang . Memang lari lah kau jah reramai .



Scout 3 days 2 nights

Qil , asal tutup mata ?





A' famosa

 Ni lah A'Famosa . Sapa taktahu memang aku tembak je . Dah dah . Kang lebih lebih nanti ada orang screenshot , mati aku takpasal pasal kena saman . Ke masuk penjara ke kan . Saja je nak tembak anak orang . Pegang pistol mainan pun aku takut tau .

Perjalanan ke bandar hilir sangat lah lama , walaupun dekat je . Dalam 2 jam jugak . Padahal kalau taksesak dalam 30 minit dah boleh sampai , santai santai . Ni nak cari parking lagi , nak redah traffic light yang 120 saat lebih tu lagi .

Kan ada Menara Taming Sari kan ? Masa mula mula menara tu bukak kitaorang dah naik dulu . Jado sekarang taklah jakun kan . Tengok tengok Melaka dari atas . Dia punya tinggi tu . Kalau bunuh diri , confirm confirm mati on the spot . Pastu Muzium Maritim tu , masa kecik kecik tadika lagi masa tu . Pun dah naik . Jadi kitaorang jalan jalan cuci mata je .


sambung nanti lah ye , next day punya cita .

Monday, December 21, 2015

Grateful ; Bersyukur


 Bismillahirrahmanirrahim . 




As long as you're not grateful , it's very difficult to get what you want . 

Selagi kau tak bersyukur 
atau 
Selagi kau tidak tahu apa erti syukur 
Selagi itu lah susah kau nak dapat apa yang kau nak . 
Syukur tu penting 
Syukur kepada yang Esa 
Bermakna kau menghargai apa yang diberikan daripada-Nya


TAFSIR QS. AL BAQARAH :152
Maka ingatlah kepada Ku, nescaya Aku akan ingat kepadamu , Bersyukurlah kepada Ku  ,Dan janganlah kamu  ingkar kepada Ku “. ( Qs. Al Baqarah : 152)
-  - - - - - - - - - - -  - - - -  
Bersyukur lah . Allah tidak akan lupa akan kau .
Kau ingat Allah , Allah ingat kau . 
Simple . 

Friday, December 11, 2015

Untung awak


Untung awak taklalui zaman buruk macam kita . Ahakz
Zaman zaman pakai baju ntah apa apa
Tudung ntah pakai sarung je
Gosok pun tak
Seluar pakai je seluar apa apa
Kasut memang tak lah , selipar ja aku sarung
Tu pun selipar yang dah kena cakar dengan kucing 
Bak kata zaman serabai tak pandai bergaya lah
Zaman Mrs J bertimbun
Zaman Gigi berterabur macam haram
Zaman hitam nak mati

Sekarang still ada Mrs J tu tapi takseteruk dan sedasyat dulu dia bertakhta di muka
Gigi bila dah cabut yang takpatut tu takdalah dia berterabur
Walaupun takrata
Hitam tu takde lah legam masa zaman zaman sukan dulu

Zaman buruk tu boleh bikin pusaka untuk anak cucu
Cakap kat cucu

"Ya Ampun cu dulu nenek ni buruk"

Janganlah cucu pun cakap

"Nenek pun sekarang buruk peh"

HAHAHAHA . 

Wednesday, December 9, 2015

Major Throwback

Assalamualaikum .

Ops akak gerak dulu kutip pitih raya

Hari ni hari malas sedunia barangkali . Aku punya malas sampai nak taip pun baring . Nampak ar malas dia . Tapi malas malas aku pun ada hati nak menaip lagi tu .  ((Syeton apa lah yang kuasai kau ni))

Nak throwback jauh jauh pasal raya hari tu . Actually baju raya yang aku sepatutnya pakai ((gambar atas tu lah kan)) muat semuat muatnya . Tapi ajaib dan sungguh pelik dia punya ketat kat ketiak tu MasyaAllah . Masalahnya aku baru masuk kolej sebulan je . Dia punya gemuks tu taktahu nak cakap macam mana . Masa tu seingat aku cuti 10 hari kolej bag cuti . Kolej yang bagi cuti ke kau yang mintak cuti ? Ntah la masa tu aku samar samar sangat . Pikir nak cuti je . Naik je cuti raya tu dah exam Midterm . Sepatutnya post ni aku patut update masa raya hari tu . Ala raya Aidilfitri la .


"Eh Qila awak dah bam bam sikit eh"
"Bukan sikit . MasyaAllah"

Jadi raya sana sini kat kampung . Tiba tiba jeng jeng jeng ... Ingat kawan kawan yang lama sangat tak jumpa . Jadi aku membuat jemputan yang secara tiba tiba jugaklah kan . Plan pun dah nak beberapa hari balik Kolej . Hantar jemputan kat whatsapp , Wechat . *okay kau pass kan tau* *bagitau yang lain tau*

Belanja sikit lah gambar
Jadi macam biasa ah depa ni yang datang memeriahkan rumah aku tiap tiap tahun . Eh ni baru sikit . Nanti kejap je lagi aku belanja gambar . Dari aku sekolah rendah sampai ke sekolah menengah kawan kawan yang datang . Ramai lagi tapi beberapa je aku dapat jemput dan sempat ambik gambar dengan depa semua ni . Kumpul balik dengan kawan kawan yang dah lama aku takjumpa sejak pindah kat sekolah baru yang baru sangat . Bila jumpa kitaorang sibuk cerita tempat yang kitaorang sambung study tu . Kecoh dia SubhanaAllah . Macam kenduri kahwin . Nanti aku kahwin taktahu lah kecoh dia macam mana , (( Uhuk kahwin)) . Ada yang datang dengan gpren & bpren . Mungkin tahun depan datang somi isteri . Takpun datang dengan boyot boyot . Takshabar nyaa nak tengok . Ahakz .

Mata mana kak ? mana ?







Sampai ke malam tetamu datang . Yang takdisangka datang pun datang . Alhamdulillah rezeki Allah .


Kejap kejap cerita belum habis . Tetiba ingat masa sekolah rendah beli kad raya banyak banyak cantik cantik tulis , pastu bagi kawan . Aku harap kawan kawan aku simpan lah kad kad tu . Aku taktahu lah aku letak mana . Ada satu je yang dapat aku jumpa setakat ni lah . Sekarang jarang lah nak jumpa orang bagi kad raya . Sekarang whatsapp je berlambak . Dulu memang suka gila beli kad raya even takbagi pun kat kawan kawan . Simpan buat pekasam asam jeruk dah hancur kad tu lepas tu buang . Nampak lah pembaziran disitu .

Dulu asal tulis kad raya je


Pecah kaca pecah gelas 
Sudah baca harap balas

Amboi dah lah tulisan macam hampeh , disuruh orang balas pulak tu kad dia .Tu semua idea aku pun taktahu sejak bila aku belajar semua benda tu . Exchange kad raya . Lepas ni kita exchange kad kahwin okay . Uhuks .

 "Kad raya kau cantik lah beli kat mana"
"Aku dah ada kad ni dah"

Siap pilih lagi kau nak kad raya mana . Pastu kawan tulis "Selamat Hari Raya . Tahun ni baju raya warna apa ? Kuih raya kat rumah banyak tak ? Jemputlah datang rumah kita"

Last sekali pantun tu dengan Yang Benar .

Then masuk je sekolah menengah takde dah kad kad ni . Semua dah dapat handphone kan . Bila ada handphone , malam raya semua sibuk forward balik mesej yang orang bagi . Masa tu phone cikai lagi . Jadi ucapan raya tu ada limit lah kan .

20

Maksudnya 20 huruf je lagi . Dah kena delete atau shortform kan semua perkataan yang ada . Lepas tu dah fed up taip je selamat hari raya . Lepas tu , duit dah ada ke dapat reward dari mak ayoh handphone dah canggih . Canggih sampai handphone touchscreenn . Bermula lah zaman ber-whatsapp kan . Whatsapp takdak limit huruf . Jadi ayat sepanjang panjang amat lah . Padahal copy je dari orang lain punya . Kalau nak hantar kat 10 orang , semua mesej sama je lah . Cuma tukar nama je .

Contoh lah kan , Eh Mat aku minta maaf . So , yang Mat tu lah tukar nama kawan kawan yang lain . Nampak lah malas dah cepatnya . Ada satu zaman tu , zaman facebook . Tag gambar sendiri , tag gambar kat raya . Lepa tu handphone lack . Penuh je noti facebook keluar . Padahal orang lain punya , orang lain komen noti kita yang penuh . Ya Ampun masa tu fed up sangat lah kan . Macam tu lah zaman berganti zaman .

So ,

Minta maaf yang takdapat jemputan or aku terlepas pandang . In Shaa Allah raya tahun depan kalau panjang umur , murah rezeki kita gather balik . Syukran ya Akhi ya Ukhti .

Monday, November 9, 2015

Checked Out Sem 1


Assalamualaikum w.bt .
Haiiiii semua .

Wahhh baru lah ada masa nak menaip balik kat blog ni . Selama ni fokus untuk blog English ((Takde lah fokus sangat)) "biasa biasa jer"

Nak start dari mana ye , macam nak share semua benda yang ada kat Sem 1. The best ever . Masa mula mula masuk kelas memang rasa awkward . Rasa semua orang kat situ sombong gila nak mati . Racist gilaa kot masa mula mula . Berpuak lah kononnya . Dah dalam lepas sebulan tu ((Lepas cuti raya taksilap)) . Kitaorang dah start kenal each other , rapat semua lah . Oh lupa kelas aku ni ha ! ((macam dalam gambar )) ada 28 orang je . Takramai macam kelas lain . Lelaki 4ketul je . Jap entry sebelum ni kan dah cakap kan . Sebelum  ni 5 ketul tapi sorang dah pindah pegi UPSI . Budak budak perempuan kelas ni kebanyakkannya suka lepak bilik aku , takpun bilik sebelah . Selalu aku rasa bilik aku lah paling bising 2 3 pagi . Petang semua sonyap jo , sebab semua tidur . Malam dah macam burun hantu semua . Mana tak eyebag menimbun .

Sebenarnya memang takrancang langsung nak ambik course ni . Aku nak jadi wartawan tapi apakan daya tiada restu ibu bapa . Then , mohon je lah Akaun ni . Alhamdulillah jalan Allah tu semua yang terbaik . Lepas tu berangan nak jadi nurse . Pastu ayah cakap "awak nak ke raya takbalik" Ek ele ayah cakap je lah ayah takbagi . Lagipun aku takut darah dengan jarum . Okay ada lagi alasan ayah kukuh untuk amik akaun .

Dari kiri : Wisz , Zul , Akim , Syaamil tapi aku panggil dia Toyu
Ni lah 4ketul tu . Kadang kadang aku anggap diaorang ni abang aku . Diaorang ni memang sebijik macam Azril , Paan , Bot dengan Muiz . Selalu aku cakap kat diaorang , yang diaorang ni sama macam member member kat Johor . Kalau nak cerita panjang pasal 4 ketul ni memang kena buat satu entry lagi . Diaorang ni kira member lepak la . Ala masa mula mula je lepak , dah lama lama aku malas nak turun . Kadang kadang malam aku sanggup makan maggi je ke tunggu akak yang jerit jerit tu jual makanan . Kalau rajin ke bosan makan benda sama baru turun . Depa ni semua boleh jugak aku share , tanya pendapat pasal lelaki la konon .


Aku takpenah senonoh 
Satu kelas dengan Roomates & Toiletmates tu memang impian sebelum masuk kolej lagi . Lagipun aku terbawak bawak sangat drama "Isteri Separuh Masa" . Depa kan semua satu bilik . Tu yang aku nak . Dan Sebab aku tahu aku ni memang susah gila nak mati bangun pagi . Jadi kalau ada diaorang , diaorang lah alarm aku . Gerak kaki , panggil "Andi bangunn" , okayyy akku bangun okay . Setiap hari aku lah paling lambat . Yelah orang dah kejut

"Andi bangunnnn~"
 "Kejap lah 5 minit lagi"

Tulah akibatnya , lambat pegi kelas , kena tinggal bas . Padan muka kau . Hmmm pasal makan pulak , makan memang takde hal . Kau pilih je nak makan apa semua ada kat sini . Sampaikan kau dah taktau nak makan apa sebab banyak sangat pilihan . Tapi kena ingat duit lah kan . Kadang kadang kalau nak sangat dah takpikir duit dah . Makan benda sama je , tak Nasi Goreng Pataya , Keuw Teow Tomyam ke Kungfu ke Pataya ke . Next next pasal transport pulak , biasa lah sem 1 tentu tentulah mengharap bas kolej yang seringgit purple tu , takpun teksi yang bersepah kat depan hostel nak lagi jimat of koz jalan kaki . Jarak kolej ke hostel takjauh langsung , tapi kalau cuaca panas gila semua rasa jauh . Hitam eden .



Dari kiri : Ain , Memel , Nurin , Eyfa , Sarah , Of kos aku yang cantik , Caa , Yaya

Actually ni benda yang paling taksabar aku nak share . Masjid Mates . Why Masjid Mates ? Asal tak Surau ? Musola ke ? Adalah .. Rahsia . HAHAHAHAHA .

Depa semua ni lah sehidup semati sepanjang kat sana . Takde lah semati , sehidup je (Bohong je keje kau) Ada yang manja gila nak mati , berani gila , kelakar nak mampos , lembut sangat semua ada . Complete lah 8 ore ni . Ain yang perasan , Memel yang kelakar , Nurin yang sakai dan Aku yang cantik dari ni Johor . So kiteorang nak balik sesama . Tapi taksama bas lah . Masa mula mula aku nak  belajar naik bas , diaorang ni lah yang ajar aku . Ops ada lagi sorang Eyra , dia tu roomate Nurin . Dialah ajar aku beli tiket kat TBS tu . Memang cuak nak mati beb naik bas . Kalau check darah rasanya , naik darah aku .  Balik memasing masa nak sama . Tapi selalu taksama lah . Memel ngan Ain ni bestfriend since diaorang kat Maktab . So diaorang ni lah yang hiburkan hari hari aku . Asyik gaduh je . Nanti diaorang gaduh aku cakap "Adik beradik gaduh dah" . Memel ni lawak gila nak mati . Sumpah lawak . Duduk dengan dia asyik gelak je . Tapi kalau marah , OMGG takut weh aku . Okay then Eyfa ngan Sarah ni asal Kuala Lumpur . Orang panggil Keyel . Diaorang ni macam wave jugak lah . Penghabis duit aku yang paling tersohor . Guna saka agaknya budak budak ni . Dan diaorang next sem dah takde . Pindah Uitm . Mengada kan nak tinggalkan aku . Eyfa ni paling paling manja . Tidur pun nak sesama dengan aku , kongsi bantal , tilam semua lah . Mana aku takmelalak bila dapat tahu minah ni nak pindah . Diaorang ni kaki rembat makanan aku (aku pun rembat makanan depa) .Dan dan dan lepas raya Aidilfitri masa tu aku baru tahu yang dia ni sedara jauh aku . Datang beraya rumah atuk aku kat kampung . Aku punya la pikir sape lah budak nama Nor Zalifah kat kolej tu yang kenal aku . Lah . Minah ni rupanya . Okay next Caa , Melaka marii . Rajin gila nak mati turun selalu . Dialah yang tukang beli makanan , teman pegi bilik study , teman tengok crush ((crush aku hensem kot . hak alah)) , teman semua teman lah . Dah dah takboleh puji lebih lebih sebab dia ni hacker terbaik kat dunia . Pantang handphone orang lain lepas , ada je dia nak hack . Nakal eh Caa . Okayy okayy ni yanggg palinggg aku takboleh survive ar takde dia ni . Pahang gurlszz , Yayaaa . Setiap kali masuk bilik aku takkan takcakap "YayaAzaharrr" dah macam habit beb . Pagi pagi celik mata je tengok dia , makan tengok dia . So kalau dia takde tu macam taklengkap . Bila aku gugup gila nak mati present kat depan memang tengok dia je . Aku rasa dia ada letak ubat guna guna ni . Lepas tu dia jugak lah teman aku berangan bagai . Siap pegi dunia fantasi .

Semua dah macam familli , susah senang semua sama sama . Gaduh tu jangan cerita lah . Asyik gaduh je , gaduh manja la sayanggg .

Kitaorang rancang nak graduate sesama , pergi majlis graduasi sesama , Dapat Dekan sesama . Tapi apakan daya . Semua tu rancang je kan . 


For Eyfa si Keding yang Manja , Sarah si Tinggi yang brutal :

Sarah tu jangan asyik balik je . Tahan sikit ye saiyang homesick tu .Hati hati nanti kat tempat orang . Eyfa kau pergi negeri aku tu . Behave sikit . Korang kat sana takde KLCC , NU Sentral nak lepak semua yang gempak gila nak mati macam kat keyel ni . Eyfa nanti kat sana jangan jadi penakut sangat . Bawak makanan banyak banyak tau . Simpan dalam locker makanan tu , kang kau kebulur kau lantak lah semua tu . Sarah , kalau lapar time kelas cari ar kawan yang boleh teman kau (macam aku) . Kalau korang cuti datang lah kat tempat kiteorang . Tapi pastikan bawak bantal . Pastu apa lagi eak ? Tu je kot . Ha ! Untuk Eyfa ni banyak

  • Faa spek , handphone tu jangan sepah sepah 
  • Kain batik aku tu basuh . Jangan buat pekasam . 
  • Makan tu slow slow biar kenyang kau tu tahan lama . 
  • Nak amik gambar ootd tu jangan kat kelapa sawit pulak . 
  • Faa teddy bear tu basuh , jangan takbasuh 



Jumpa next sem .

Saturday, August 15, 2015

Cheked In Sem 1

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim .

Last day Orientasi
Alhamdulillah dah nak masuk 2 bulan aku jadi budak kolej . Maigad budak kolej kau weh . Kolej je bukan Universiti macam orang lain . 

Mula mula memang lah takut nak mati bila masuk kolej . Pikir 2000 kali weh masa nak masuk . Sebab ye lah jauh dari mummy ayah weh . Tapi bila dah masuk sini aku takpikir pun sedih semua tu . Life must go on baby . Call mummy ayah tu memang lah selalu . Whatsapp hari hari kot . Dah masuk 2 bulan ni baru lah rasa homesick tu . Sebab dah lama sangat takbalik . Takbalik sampai habis sem weh . Ya Allah kuatkan aku Ya Allah . 

Meh cheq stori sepanjang orientasi ;

20 Jun 2015 , Sabtu (Bulan Puasa weh)

Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baharu Kptm Bangi . 

5.00 Petang ; baru lah start orientasi . Kononnya ic breaking dulu . Kenal abang fasi yang hensem nak mati , Kakak fasi yang cantik nak mati . Takde lah penat sangat first day ni . Cuma buka puasa sesama & terawih . SubhanaAllah sesungguhnya kau yang menguatkan aku Ya Allah sepanjang orientasi ni . 

Masuk hari kedua sampai lah last day orientasi ni memang penatlah . Siapa cakap orientasi takpenat sini aku tampar dia laju laju . Bayangkan bulan puasa kena berlari , tidur lambat lagi . Batch aku je lah yang tahu macam mane penatnya orientasi . Tapi last day takpenat , best gila best sangat . 



29 Jun 2015, Isnin - Kelas pertama 

Kelas akaun yang pertama . Macam ni kenalkan diri blah blah blah so on . Minggu tu memang lah ice breaking dengan lect tapi sampai sekarang lect takingat ingat nama aku . Depa cakap nama aku macam lelaki . Rupanya perempuan . Pastu sebulan  lah aku menjalani hidup sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak . Pertama kali sambut Ramadhan sorang sorang without family . Sama je just ni berpuasa dengan kawan kawan  . 


Gambar pertama dengan roomates & toiletmates , pertama kali nak pegi kelas . Semangat macam harem . Dah lama lama 
5minit lagi kelas nak mula baru nak terkedek kedek .


Tiga orang Johor , Dua orang Kuala Lumpur , Sorang je Pahang . Kitaorang semua classmates . Kitaorang lah paling untung sebab semua sama sama . Nak redho pun semua sama sama . Pendekkan cerita lah kan susah senang kat sini semua sama sama . Takmakan sebab nak save duit . Makan maggi je sebab duit . Semua kat sini kena pikir duit . Ya Ampun dugaan menimpa Ya Allah . Sehari makan sekali je . Ye lah kan ekonomi takstabil langsung . Nak meronggeng pun kena pikir 2000 kali weh . Biasa nya berangan je nak keluar last last mereput . 

Ni sumpah kena paksa ;

Uolls semmua mesti nak tengok kembo Aida Jebat kan ? Korang rasa yang mana ? Tengok yang tudung kuning , sama tak sama tak ? Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~

Ni sumpah syetonnn~ Ain syetonnnnnn~ Paksa aku taip ni . 

Memasing perangai macam sakai . Ada je kerja nak bahan aku . Ada je benda nak buli aku . 


Classmates Tercinta AA101 , AA1.13 PLUS PLUS Feveret lect
Jejaka yang tak idaman Malaya 4 orang je . Sepatutnya 5 orang tapi Syafiq dah pindah IPG . Goodluck Syafiq nanti dah jadi Cikgu Sejarah jangan lupa kami . Kitaoorang satu kelas dah macam satu family . Sederet bilik aku tu semua classmates . Lepak semua sama sama . Nak buat apa apa pun sama sama . In Shaa Allah sampai habis sem ye kawan kawan . 

Sampai situ je lah . Nak  update pun dah takde masa . Sebab kena update lagi satu blog untuk assigment english . 

Bismillahirrahmanirrahim . Sem 1 In Shaa Allah dekan . 

Syukran Jazilan ya Akhi ya Ukhti . 

Monday, June 15, 2015

Miskin atau Kaya



Semakin hari semakin aku melihat setiap manusia dengan pelbagai karenah


Miskin ?
Ada miskin pemurah
Ada miskin berlagak kaya
Ada miskin malas berusaha
Ada miskin sangat rajin

Kaya ?
Ada kaya pemurah
Ada kaya yang memang berlagak kaya
Ada kaya yang taktahu bersyukur
Ada kaya yang hina orang lain

Mereka yang miskin dihina hina
Mereka yang miskin dihenyak henyak seolah olah tiada maruah
Kau pandang mereka sangat jijik
Kau bercakap dengan mereka seakan akan kau bercakap dengan orang yang kotor
Tidakkah kau terfikir kau dan dia adalah Makhluk Ciptaan Dia Yang Satu ; Allah
Allah bagi PINJAM kau harta , kekayaan , pangkat , kedudukan atau taraf yang tinggi bukan untuk kau hina orang yang MISKIN
Allah nak tengok kau tu ingat tak orang yang memerlukan
Allah nak tengok harta yang dia bagi tu kau buat apa
Allah nak tengok kau hina ke atau kau buat baik pada orang lain

”Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim: 7)[7]

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Kau ada
Dia tiada
Kau ingat harta tu melambangkan hati seseorang ke ?
Kau ingat harta tu boleh bawak sampai kubur ?
Kau ingat harta tu boleh tolong kau masuk syurga ?
'Wah ! kau banyak harta mesti mesti masuk syurga'
Jangan menilai tu semua
Hanya Allah swt yang dapat menilai semua nya
Kita sebagai makhluk yang di muka bumi ni memang taklayak nak nilai

Kaya tetapi selalu merasa kurang
Kaya tetapi selalu mengeluh
Kaya tetapi buat amal untuk menunjuk nunjuk
Itu kaya yang takpernah bersyukur namanya
Itu kaya yang rasa dia punya harta segalanya
Takpernah peduli apa orang minta
Takpernah peduli apa yang orang susah

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan yang menerima, mulakanlah dengan mereka yang di bawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah itu adalah yang tidak mengorbankan keperluannya atau keluarganya, sesiapa yang menahan daripada meminta sedekah dia akan dijaga oleh Allah S.W.T, sesiapa yang merasa berpada-pada maka diberikan Allah S.W.T kelegaan kepadanya.” Riwayat Bukhari dan Muslim

Dari Hakim bin Hizam r.a, katanya, Nabi s.a.w bersabda:”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulailah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Siapa yang memohon dipelihara (agar dia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan siapa yang memohon dicukupkan (agar tidak ada ketergantungan selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.” (Bukhari)

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

Harta itu hanya ujian di dunia
Ujian yang dapat mengingatkan kita tentang akhirat kelak
Kalau kau nak Tuhan tu bagi kau rezeki , bagi kau murah rezeki
Kau kenalah pemurah dengan orang lain
Bukan nya kau buang je dia macam tu
Takkan kau nak bawak harta tu tidur sekali dalam kubur .
Sematkan dalam jiwa .

Bagi yang kurang harta tu jangan lah nak berlagak macam orang kaya
Buatlah apa yang kau mampu
Jangan kau terlalu ikut ikut orang yang mampu
Nak beli itu ini
Nak Nak Nak
Tapi harta kau yang seciput tu jangan kedekut sangat

'Aku miskin jadi takpayah lah tolong orang yang lagi miskin dari aku'

Jangannnnnnnnn ~
Mungkin kau tolong tu ada Allah bagi kau rezeki lagi baik dari sekarang

Murahkan hati
Bersihkan jiwa

Monday, June 8, 2015

Wedding Keknis & Captain Hairul

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim .


06062016 , Sabtu . Shah Alam

Majlis Persandingan Hanis Zalikha & Hairul Azreen ((#WalimatulurusHanisHairul))
Sepanjang Majlis tu ramai gila orang . Masa sampai tu pengantin takdatang lagi . Makanan kat situ Ya Allah banyak sangat dan sedap sangat . Semuanya semuannya aku rasa . Sampai habis majlis aku still amik makanan . Paling paling sedap tempe dia . SubhanaAllah . Dessert semuanya feveret aku . Terimakasih anty Nani di atas undangan yang diberikan .

Sebelum aku meng-share gambar  gambar yang lain aku nak jawab soalan yang berpuluh orang tanya

"Keknis nak amik gambar"
"Okay amik gambar sambil jalan kay"

Selamat Pengantin Baru Keknis & Captain . Semoga berbahagia selalu hingga ke akhir hayat . Dapat menempuh segala dugaan denga redha kerana Allah s.w.t . Raya please raya kat johor kay . HAHAHAHAHAHAHA

Camne boleh dapat kad jemputan dari keknis ?

Macam ni cerita nya . Cerita tu takde la panjang sangat . Ayah aku ngan Mama Keknis tu kawan masa kat sekolah menengah . Tadaaaaaaaaaaaaaa~ tu je cerita dia . Lepas tu dapat la kad tu . Bukannya selalu aku jumpa Keknis . Baru je dua kali jumpa . Dengan mama dia dah banyak kali dah jumpa . Dah tu je jawapan dia . Takpayah nak tanya tanya lagi .Takde kaitan saudara sedarah pun , hanya saudara seislam . Muahhhhahahahaha

Sekarang tiba masanyaa untuk memaparkan gambar gambar sepanjang Majlis Persandingan tu .





Ketibaan pengantin lelaki 
Keknis sumpah macam Princess masa tu . 
Masa ni aku sibuk ngan dafi . Mummy yang sibuk kejar Keknis sampai ke pelamin . Paling paling best persembahan kompang dari muar . Ya Allah sangat sangat best . Cuma aku takdapat nak amik video full , sebab ramai orang tinggi tinggi . Monopod dah patah jadi panjangkan tangan je lah amik video .((nanti aku upload kat insta kay))

Bukti aku datangg .hahahahahhahaha .


Dafi such a cute guy , humble , peramah . Dari jauh nampak dia macam takpercaya boleh jumpa . Tergamam sebab memang memang baby face .
@dafiismailsabri



@hunnymadu
@ziranabil & @jihanmuse


Pretty Fouziah Gous , lembut sangatt . Mummy sampai taksedar pegang pipi dia . 'eeee cantiknyaaa awakkk' taktau malu betul mummy tu .
@fouziahgous & suami

@dazrin88


@nadnisaa

@akmalnazri
Ni jumpa masa dia nak duduk . Kay peramah peramah taksombong langsung . Lain gila dari Oh My English . Hensem tu sama macam dalam OME . Tapi ni lagi hensem

Perbualan antara aku & jibam
'Eh Jibam'
'Eh hai , dah makan ?'
'dah dah'
'sihat?'
'Alhamdulillah sihatt . abang nak amik gambar . tapi abang makan dulu kay'
'okayy'
 

Actually masa ni dah nakbalikk , tetiba amarbaharin dengan amyrarosli datang . Terus ramai serbu . Masa amik gambar ramai jugak aku dengar 'kita tengok awak kat Suamiku Encik Sotong'
@amarbaharin & @amyrarosli

@fynnjamal
Ada cerita disebalik gambar @fynnjamal ni . Masa mula mula aku sibuk salam anty nani lepas tu ayah cakap la "eh qila ni fynn"

Dengan laju je aku terus peluk kokping .

"Ya Allah nak nangis , best sangat dapat jumpa kak fynn"
"Jangan nangis sayang"

my mom cakap "dari rumah ni ha fynn asyik cakap nak jumpa awak"

"Alhamdulillah dapat jumpa saya jugak kan ?"

Dapat jumpa juna , yang selama ni tengok kat insta je . Dapat jumpa depan depan pegang pipi di pegang lembut tu . Dapat peluk kokping . Sukaa sangat .

"Ni umur berapa ?"
"Da habis sekolah da , dah nak sambung study"
"oh yeke ? goodluck ye sayang , belajar rajin rajin . Semoga berjaya di dunia dan di akhirat"
"In Shaa Allah , thanks kakfynn"


Okayy itu je . Orang nak tengok gambar je bukan nak baca cerita . 

Syukran Jazilan .