Tuesday, December 2, 2014

Takde Tuju

Assalamualaikum

Hai


Aku taktahu kenapa muka aku macam tu 

Cuti ? 10 bulan apa yang aku nak buat selain makan , tidur , masuk tandas , keluar tandas , main laptop & main phone . hmmm Cari kerja ? belum masanya lagi kot . Adohai .

Bukan selalu aku spent masa kat rumah 24-7 . Hari ni 2 Disember . 2minggu lagi susah nak spent time kat rumah . Merantau . Takdelah merantau sangat . Cuma nak ganti balik cuti yang tertangguh dulu-dulu .

'Best lah kau tak kerja'

Best tu best la tak kena dengan boss . Tak kena buat kerja . Tapi duduk rumah macam tepu jugak . Kerja actually korang dapat income kan ? Aku duduk rumah income tu takdelah kan .

'Bukan kau bisnes ke ?'

Alahai wa da tak aktif . Malas nak layan da . Buang masa je . Duduk rumah spent time ngan family lagi bagus . Tahun depan aku da tak selalu spent time dengan family . Busy memanjang je . Cuti je la gua balik . Tu pun kalau takde kerja .

Sebenarnya aku takda hala tuju nak menaip ni . Saja-saja nak isikan masa kan ? Dah lama tak menaip-naip . Pejam celik pejam celik da nak masuk 2015 . Adoi cepat nya masa . Macam semua kejadian baru je jadi . Macam biasa dalam satu tahun tu mesti ada cerita sedih , happy , marah semua la kan . Aku tahun ni banyak dugaan la . Nak kata happy takda lah happy sangat . Macam-macam jadi tahun ni . Takpelah benda da jadi . Tapi Alhamdulillah semuanya aku faced it dengan smooth . Mende la aku merepek ni . Adoi layankan je la .

Ha ! Baru ingat . Haritu ada sorang member aku ni since tadika masukkan aku dalam group whatsapp taw . Alaa group whatsapp ex- sekolah rendah masa darjah 1 . Omgg aku takingat ramai . .
Bila aku tanya

'Ingat aku tak ?'

dan diaorang jawab

'Mestilah ingat Andi yang kecik tu kan ?'
'Andi yang taksuka pakai kasut kat kelas'

Inilah jawapan ulang2 . Adohai selekeh betul aku taksuka pakai kasut . Sampai sekarang aku taksuka pakai kasut . Tapi dalam kelas je la . Ke tempat yang aku tepu nak mampos tunggu . Tapi yang pelik aku suka sangat sangat kumpul kasut . Asyik nak beli kasut je . Adohai . Pelik pelik . Whatever . Aku terharu la jugak diaorang ingat aku . Aku je sakai takingat diaorang . Aku just ingat orang yang selalu contact aku & yang betul-betul rapat je . Yang lain haprakk aku takingat . Naik pecah otak aku nak ingat balik . Tak tak macam ni . Masalahnya takda gambar taw . Alaa gambar classmates kau taw kan. Ha macam tu la . So takpayah la nak salahkan otak aku .

Tetiba ingat masa zaman darjah satu .
Sebelum tu aku nak share la kawan aku since darjah satu sampai sekarang . Since rumah lama sampai la pindah rumah baru . Dia ni la yang dulu hari hari datang rumah . Actually rumah dia belakang rumah aku je . Tu yang dia sibuk-sibuk nak datang . Nak datang sebab taksiap homework . Mengada . Dah la taksiap . Kadang kadang , aku kat dalam kelas duduk sebelah dia la . Alahai kira kitaorang ni bff la konon . Sampai kan buku asyik tertukar je . Da aku kena pergi rumah dia kena tukar balik . Kadang- kadang dia takda katrumah da kena tunggu dia . Menyampah . Semua nak dengar cakap dia . HAHAHA . Pastu masa darjah 4 kot kitaorang jumpa balik .

Macam ni taw . Masa tu kitaorang jumpa kat sekolah agama  . Dia suruh kawan dia yang tanya

'Eh awak dulu sekolah kat ***((nama sekolah dirahsiakan)) kan ?'
'Aah kenapa ?'
'Ni kawan kita kenal awak'
aku pun tengok la kawan dia tu . Rupanyaa mamat yang selalu datang rumah aku .
Aku da macam apa . Macam-macam aku tanya dia .

Kenapa kau pindah ?
Kenapa kau ikut aku ?





1)   Aku penah kena tinggal van sebab beli keropok lekor yang sangat sedap kat kantin sekolah

2)   Aku jugak penah tertinggal botol air yang baru beli . Ala botol air yang picit picit tu . Tertinggal kat tempat security guard . Balik kena marah ngan ayah . Esok pegi balik tempat pakcik security tu , Tanya 'ada nampak botol tak . Warna merah' nasib la ada . Kalau tak habisla aku

3)   Kat depan sekolah tu ada bukit taw . Sebelum nak tunggu pakcik van sampai . Aku dengan kawan kawan pun main la kat situ . Main buaya buaya . Adoi kelakar . Aku selalu kena tangkap . Past kalau pakcik van da sampai aku terus lompat je dari bukit tu . Pastu jatuh lutut berdarah . Kain koyak . Balik kena marah lagi .

Degil betul aku ni

4)   Aku penah main lari-lari dalam surau . Pastu tersadung . Pensil tercucuk kat muka . Da berdarah . Balik aku yang kena marah .

5)   Dulu masa tu ala sakai sakai . Ada sorang budak ni dia suka aku taw . Siap bagi surat . Aku dulu menyampah sikit benda alah macam ni . Masa tu aku dah nak pindah taw . Dia bagi surat dia cakap

'Nanti kita nak ikut awak pindah'

Hahaha pastu aku dengar cerita dia pun pindah . Tapi taksama tempat ngan aku la . Alahai . Dah 9tahun aku takjumpa dia . Lama jugak . Macam mana lah rupa dia kan . Ada jugak aku tanya member2 lain . Diaorang kata dia sekolah mana ntah . Ntah dia ingat aku ke tidak . Kelakar la .

Rindu nak jadi kecik macam dulu . Macam macam buat boleh . Cuma kena marah lah kan . Setakat ni kot .


bbye