Tuesday, December 2, 2014

Takde Tuju

Assalamualaikum

Hai


Aku taktahu kenapa muka aku macam tu 

Cuti ? 10 bulan apa yang aku nak buat selain makan , tidur , masuk tandas , keluar tandas , main laptop & main phone . hmmm Cari kerja ? belum masanya lagi kot . Adohai .

Bukan selalu aku spent masa kat rumah 24-7 . Hari ni 2 Disember . 2minggu lagi susah nak spent time kat rumah . Merantau . Takdelah merantau sangat . Cuma nak ganti balik cuti yang tertangguh dulu-dulu .

'Best lah kau tak kerja'

Best tu best la tak kena dengan boss . Tak kena buat kerja . Tapi duduk rumah macam tepu jugak . Kerja actually korang dapat income kan ? Aku duduk rumah income tu takdelah kan .

'Bukan kau bisnes ke ?'

Alahai wa da tak aktif . Malas nak layan da . Buang masa je . Duduk rumah spent time ngan family lagi bagus . Tahun depan aku da tak selalu spent time dengan family . Busy memanjang je . Cuti je la gua balik . Tu pun kalau takde kerja .

Sebenarnya aku takda hala tuju nak menaip ni . Saja-saja nak isikan masa kan ? Dah lama tak menaip-naip . Pejam celik pejam celik da nak masuk 2015 . Adoi cepat nya masa . Macam semua kejadian baru je jadi . Macam biasa dalam satu tahun tu mesti ada cerita sedih , happy , marah semua la kan . Aku tahun ni banyak dugaan la . Nak kata happy takda lah happy sangat . Macam-macam jadi tahun ni . Takpelah benda da jadi . Tapi Alhamdulillah semuanya aku faced it dengan smooth . Mende la aku merepek ni . Adoi layankan je la .

Ha ! Baru ingat . Haritu ada sorang member aku ni since tadika masukkan aku dalam group whatsapp taw . Alaa group whatsapp ex- sekolah rendah masa darjah 1 . Omgg aku takingat ramai . .
Bila aku tanya

'Ingat aku tak ?'

dan diaorang jawab

'Mestilah ingat Andi yang kecik tu kan ?'
'Andi yang taksuka pakai kasut kat kelas'

Inilah jawapan ulang2 . Adohai selekeh betul aku taksuka pakai kasut . Sampai sekarang aku taksuka pakai kasut . Tapi dalam kelas je la . Ke tempat yang aku tepu nak mampos tunggu . Tapi yang pelik aku suka sangat sangat kumpul kasut . Asyik nak beli kasut je . Adohai . Pelik pelik . Whatever . Aku terharu la jugak diaorang ingat aku . Aku je sakai takingat diaorang . Aku just ingat orang yang selalu contact aku & yang betul-betul rapat je . Yang lain haprakk aku takingat . Naik pecah otak aku nak ingat balik . Tak tak macam ni . Masalahnya takda gambar taw . Alaa gambar classmates kau taw kan. Ha macam tu la . So takpayah la nak salahkan otak aku .

Tetiba ingat masa zaman darjah satu .
Sebelum tu aku nak share la kawan aku since darjah satu sampai sekarang . Since rumah lama sampai la pindah rumah baru . Dia ni la yang dulu hari hari datang rumah . Actually rumah dia belakang rumah aku je . Tu yang dia sibuk-sibuk nak datang . Nak datang sebab taksiap homework . Mengada . Dah la taksiap . Kadang kadang , aku kat dalam kelas duduk sebelah dia la . Alahai kira kitaorang ni bff la konon . Sampai kan buku asyik tertukar je . Da aku kena pergi rumah dia kena tukar balik . Kadang- kadang dia takda katrumah da kena tunggu dia . Menyampah . Semua nak dengar cakap dia . HAHAHA . Pastu masa darjah 4 kot kitaorang jumpa balik .

Macam ni taw . Masa tu kitaorang jumpa kat sekolah agama  . Dia suruh kawan dia yang tanya

'Eh awak dulu sekolah kat ***((nama sekolah dirahsiakan)) kan ?'
'Aah kenapa ?'
'Ni kawan kita kenal awak'
aku pun tengok la kawan dia tu . Rupanyaa mamat yang selalu datang rumah aku .
Aku da macam apa . Macam-macam aku tanya dia .

Kenapa kau pindah ?
Kenapa kau ikut aku ?





1)   Aku penah kena tinggal van sebab beli keropok lekor yang sangat sedap kat kantin sekolah

2)   Aku jugak penah tertinggal botol air yang baru beli . Ala botol air yang picit picit tu . Tertinggal kat tempat security guard . Balik kena marah ngan ayah . Esok pegi balik tempat pakcik security tu , Tanya 'ada nampak botol tak . Warna merah' nasib la ada . Kalau tak habisla aku

3)   Kat depan sekolah tu ada bukit taw . Sebelum nak tunggu pakcik van sampai . Aku dengan kawan kawan pun main la kat situ . Main buaya buaya . Adoi kelakar . Aku selalu kena tangkap . Past kalau pakcik van da sampai aku terus lompat je dari bukit tu . Pastu jatuh lutut berdarah . Kain koyak . Balik kena marah lagi .

Degil betul aku ni

4)   Aku penah main lari-lari dalam surau . Pastu tersadung . Pensil tercucuk kat muka . Da berdarah . Balik aku yang kena marah .

5)   Dulu masa tu ala sakai sakai . Ada sorang budak ni dia suka aku taw . Siap bagi surat . Aku dulu menyampah sikit benda alah macam ni . Masa tu aku dah nak pindah taw . Dia bagi surat dia cakap

'Nanti kita nak ikut awak pindah'

Hahaha pastu aku dengar cerita dia pun pindah . Tapi taksama tempat ngan aku la . Alahai . Dah 9tahun aku takjumpa dia . Lama jugak . Macam mana lah rupa dia kan . Ada jugak aku tanya member2 lain . Diaorang kata dia sekolah mana ntah . Ntah dia ingat aku ke tidak . Kelakar la .

Rindu nak jadi kecik macam dulu . Macam macam buat boleh . Cuma kena marah lah kan . Setakat ni kot .


bbye

Monday, November 24, 2014

Pindah Sekolah baru


Bermula dari kisah keputusan Pmr aku yang macam nak menempah kubur sendiri .

Bapak teruk gila keputusan Pmr aku . Tapi jangan la salah sangka teruk dia macam apa . Takdelah teruk yang macam korang sangka . Semuanya credit . Sebelum nak ambik result tu ada la perjanjian . Ala macam Perjanjian Pangkor gitu . Ni perjanjian antara aku dan Dato' Patinggi Karim (Bapak aku -nama tu tipu je) .

'kalau hang result teruk ayah pindahkan hang sekolah . Toksah hang jumpa lagi teman-teman hang tu'

Gitu la perjanjian dia . Dan result aku teruk . Maka aku terpaksa lah mengikuti perjanjian tersebut . Kalau aku takikut kang mampos aku . Memang naya lah nyawa aku . haha , Takdelah sampai kena hukum gantung macam sejarah dulu-dulu . Cuma semua nikmat kena tarik la kan .

No Handphone
No Internet
No Tv
Semuanya NO la .

Macam tu la plot permulaan cerita . Sebenarnya aku nak cerita pasal macam mana aku boleh pindah sekolah . Tu je motif sebenar aku . So hang pa semua duduk diam-diam baca kisah chek ni ha . So aku pindah la sekolah baru . Takdelah takut sangat . Aku ni jenis yang cepat dapat kawan . Sape2 je aku tegur . Dan dan jadi kawan aku . Nak dipendekkan cerita kawan-kawan aku dari sekolah lama pun ada lah ppindah kat sekolah baru yang aku pindah ni . Takdelah aku sunyi sangat kan . Sekolah baru tu pun dalam 800m je dari rumah aku . Nyot nyet nyot nyet aku masuk la kelas , aliran apa yang aku ambik . Aku ambik akaun . Alhai . Actually eden ni takminatt Akaun . Adoi terpaksa la ambik . Sebab tu je yang eden rasa baguih . Konon nak tebus balik la kesalahan Pmr dulu . Masa awal-awal aku kat sekolah baru tu macam-macam masalah yang aku hadapai . Kalau boleh hari-hari aku ngan kawan baik aku nangis . Parah ! Diam aarr aku memang kememe .

So , bila kitaorang da biasa dengan senario yang ada kat sekolah tu . Jiwa ni da jadi kental la . Aku belajar rajin-rajin . Memang da takmain-main . Bila main tu time aku betul-betul main la kan . Masa study No . Sampai kawan aku cakap

'Weh kau da takmacam dulu , result kau gempak weh'
'Kau sekarang aku tengok da makin rajin'

Hahaha nak kata riak tu takdelah kan . Cuma aku nak pesan kat orang lain . Nak berjaya tu tak susah . Cuma kau belajar rajin-rajin , Ingat Allah Pastu dengar cakap Makayah ngan cikgu kau . Lagi satu jaga akhlak tu . Ingat ye ! hahaha . Lepas tu da akhir tahun . Masa tu aku takdelah rapat sangat ngan budak kelas . Cuma gitu-gitu je la aku layan . Nak dipendekkan lagi cerita . Masuk la tahun baru . Nak kata la ni aku da tingkatan 5 . Haip haip . Aku taw aku da agak tua . Tapi aku still macam budak tingkatan 2 . Jangan smpai aku mencarut kat sini . haha . Dah-dah aku nak sambung cerita ni . Aku ingat masuk tshun baru ni takdelah masalah . Haihhh sama je bangsat betul . Gaduh tu biasa da bagi aku . Dah lali sangat . Pastu dah takde da gaduh-gaduh ni . Dah datang lagi masalah . Aku pulakk keluar masuk hospital . Hampir 6 bulan jugak aku taksekolah . Datang pun seminggu sekali je . Aku masa tu terasa taiko jalan Chow kit da . Yela asyik takdatang . Nasib takkeluar surat benti sekolah . Mampos aku nak Spm tetibe kena benti sekolah . Alhamdulillah tak , Nasib cikgu faham . Kalau takfaham dah lama kena siku ngan aku . Aku dah dah sambung balik cerita . Bila dah sihat tu aku memang kelam kabut . Dah nak trial da . Aku macam masa tu macam nak bunuh diri pun ada jugak . Memang grrr betul masa tu . Aku dengan stress nak cover dari syllybus pertama . Tapi Alhamdulillah aku dapat cover . Terima Kasih Ya Allah . Aku terasa macam nak terbangg je masa tu . Taksangka aku boleh buat .

Pendekkan lagi cerita . Dalam hmm kira-kira 4 bulan kot nak Spm masa tu . Korang nak taw time tu la baru aku rapat dengan orang lain . Selama ni rapat taw . Tapi takdelah serapat macam tu . Aku rasa macam best jugakk sekolah kat sini . hahaha . Sampaikan aku dah macam taknak benti sekolah . Oh God ! Pendekkan lagi cerita tup tup da Spm . Sekarang ni lagi satu paper , Paper Ekonomi . Kenapa lah lambat sangat ? Chop chop sebelum tu aku check kat laman web Plkn . Lah aku terpilih . Adeyhhhhhh . Akuk terasa nak terjun pun ada . Pastu aku check la penempatan kan . Hari-hari beb aku check . Habis kredit aku mesej ngan pakcik Plkn . Da pakcik tu cakap aku dapat 2nd atau 3rd intake . Masa tu aku joget macam apa . alahai Mak Jemah .

Kayy sambungg . Masa nak Spm tu aku semangat la kan . Confident level aku da tahap 90% da . Bila je jawab Bm paper 1 confident level aku turun 50% . Hang tengok jauh dia turun . KBAT banyakk . Sekarang ni aku dah ambik 8paper . Yang aku tengok paling senang Sains je . Yang lain mohon bakar . Sampaikan aku menjerit je kerja aku kalau balik rumah . Belajar tu kau jangan cakap la kan . Kalau buku tu boleh bercakap dah lama dia suruh aku sima dia . hahaha . '

Aku rasa setakat tu aku boleh share . Aku pun menaip panjang-panjang ni sebab da lama tak taip taip .


Ha . Ni lah budak kelas aku . Kenapa sikit ? Memang lah sikit . Kitaorang ni 1st Batch kelas akaun sekolah tu . Bangga kan ? Tepuk la tangan sikit . hahaha . Sebenarnya ada 28orang . Yang lain masa ni pergi kelas Sejarah . Kitaorang biasa lah da dapat Kamera memang ni je la kerja nya .


Ni masa jamuan kelas aku . Aku takpasti aku nak cakap diaorang ni lelaki sejati ataupun tidak . Maaf ye ! Sebenarnya diaorang ni la yang selalu buat lawak dalam kelas . Kalau takde diaorang sunyi kelas . 


Ni gadis-gadis yang ada kat dalam kelas . Nampak je lebut semua . Tapi garang kalah Singa . Haha . Ni aku nak share satu cerita kelakar . Si A ni main la pen . Pen tu macam da takbetul sikit . Tengah-tengah Si A ni main Pen . Pen tu tetibe terpelanting kena Si B ni . Si B ni tengah khusyuk buat kerja dikacau nya . Si B ni geram ambik botol air . Air dalam tu penuh . Si B ni pergi simbah Si A ni dengan air botol tu . Basah kuyup Si B . Masalahnya bukan sekali Si A ni cari pasal da banyak kali da . hahaha . Adoi . Satu kelas ternganga . Memang unexpected moment la weh .


Dari kiri : Si B (Syafika Madiha merangkap kawan baik aku)
Nak tahu ke mana Si A tu ? Muka yang paling nakal tu la Si A , Paan . Yang buat bibir jebor tu . Ha , tu lah Si A yang kena simbah Air . 

Yang pakai spec belah kanan tu Robot . Kawan baik aku yang paling baik . Suruh apa pun dia buat . Dia lah yang selalu buat aku gelak pecah perut . Takde dia memang aku rindu . Haip haip bukan boyfriend aku . Dia tu cuma kawan baik . 

Belakang antara Madi & Paan tu Azril ngan Muiz . Diaorang tu kalau taktipu aku takkelentong aku taksah . Aku memang mudah percaya . Pastu kalau aku percaya diaorang gelak gila babeng . 

Diaorang ni la paling aku sayang sampai nyawa aku . Susah senang ada je diaorang ngan aku . Nak nangis pun ada ni . Jangan nangiss jangan nangis . Aku cuma nak cakap . Sahabat tu susah nak cari . Walau kita tak suka mana pun dengan perangai dia . Tapi yang kita sayang tu lah dia . Yang dia tulah dia sayang kita . Susah mana pun kau dia mesti ada walaupun kau atau dia taksuka antara satu sama lain . Sayang tu mesti ada . Benci mana pun mesti kau sayang dia kan . Macam tu lah aku . Taksuka mana pun aku tetap sayang diaorang sebab aku taw sape yang ada dengan aku bila aku nangis . Sape yang selalu tanya aku bila aku ada masalah .

Okayyy Tu je . Assalam . 

Thursday, August 7, 2014

Anugerah Syawal

Assalamualaikum w.b.t

Berbulan baru nak share macam-macam kat blog . Ke-busy-an sepanjang tahun membuatkan takda masa nak layan blog .

Alhamdulillah syawal tahun ni disambut dengan kebahagiaan .

1SYAWAL :


(( Family belah Mummy ))



dari kiri atas : Qiha , Mummy , Cik Nani 
dari kiri bawah : Isha , Tina , Cipa


(( Family Aku ))


(( Beautiful Mummy Ever and Ever))


(( Actually ni bukan baju raya tema tahun ni ))


(( Memasing baru lepas mandi))


(( Lepas solat))


((My Hero Ever and Ever))


((Adik))




Sunday, June 1, 2014

*ntah apa*

Assalamualaikum wbt


Dah lama takupdate disebabkan beberapa Faktor . Cehhhh~ Bukan sebab apa just malas nak menaip . Keluar masuk hospital , dengan exam lagi . Assigments lagi . Memang takda masa la nak menaip naip ni . Oh ya sebelum tu saya dah menghapuskan semua post post yang takberfaedah sebelum ni . hahaha ((Terasa diri sangat bangang dulu)) . Sekarang just aktif kat Facebook , Instagram ngn Twitter je . So anyone wanna to find kat situ je la kayy . So how ? Hmm Everything okayy . No Sick anymore Alhamdulillah Just sikit-sikit je lah . Just it . Tata . 

Friday, May 23, 2014

#6


Bukan aku yang minta untuk jadi sebegini
Bukan aku yang nak semua macam ni
Tapi kenapa ?
Aku diperlakukan sebegini .
Aku dituduh .
Aku sakit .
Tapi mereka mengatakan aku tidak sakit .
Mengapa begitu ?
Kerana mereka tidak pernah rasa apa yang aku rasai .
Sakit sana sini
Keluar masuk Hospital
Makan ubat itu ini
Pembedahan sana sini
Semua itu aku takminta . Aku takmahu semua itu .

Hahaha . Kau kata kau pendidik . Kau juga kata yang kau yang memberi aku ilmu .
Tapi aku merasakan kau melepaskan tanggungjawab dalam mendidik aku .
Menuduh aku melulu "Jangan beri alasan yang awak tu sakit"
Mengapa takpercaya aku sakit ?
Kau mahu bukti apa lagi ?
Kau lihat aku ceria . Tapi hakikatnya batin aku terseksa . Jiwa aku merana .
Ya Allah mengapa begini . Aku kelihatan ceria kerana aku ingin meningkatkan semangat ku kembali yang sudah lama terkubur . Tapi ...
Mereka yang ada disekeliling tidak pernah mengerti .

Saturday, April 19, 2014

#5



Alhamdulillah aku semakin pulih

Berkat Doa dari ahli keluarga , saudara-mara , teman-teman

Aku dapat menjalani rutin aku seperti sediakala

Tetapi tidak aku lakukan kerja yang terlalu berat

Hanya aku boleh bergerak dan menjalankan kerja-kerja tanpa sebarang kesakitan yang melarat seperti dulu

Alhamdulillah sudah berlalu 2minggu aku menjalani pembedahan

Semoga aku dikurniakan kesihatan yang lebih baik

Agar aku dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran

SPM COMING SOON .


Thursday, March 27, 2014

#4



Mengapa ?
Kenapa ?
Apa Sebabnya ?

Jangan tanya aku ,
Kenapa aku tak sempurna ?

Aku tahu ,
Tiada siapa yang sempurna

Aku juga tahu ,
Kau tahu jawapannya .

Saturday, March 8, 2014

#3

Kekurangan aku membuatkan kau Bahagia
Kekurangan aku membuatkan kau Tersenyum
Kekurangan aku membuatkan kau Ketawa keriangan
Semuanya disebabkan kekurangan aku
Kau bahagia
Aku Sakit
Kau Senyum
Aku menangis
Tidakkah kau ketahui betapa sakitnya hati aku
Aku tahu kau tidak pernah mengetahuinya
Tapi
Kau perlu ingat
Orang disekeliling kau amat benci dengan perangai kau
Sombong
Berlagak

Wednesday, March 5, 2014

#2

Kesempurnaan seseorang membuatkan seseorang itu
Sombong
Riak
Bongkak
Dengan apa yang dimiliki
Tidakkah mereka tahu tidak ada manusia yang sempurna di dalam dunia ini ?
Segalanya pinjaman
Segalanya milik Allah
Perlu ke anda bongkak dengan kelebihan ?
Rasanya tidakperlu
Sifat Bongkak , Sombong , Berlagak
Lagi membuatkan orang lain memandang serong terhadap anda
Pandai ?
Cantik ?
Apa ada kalau Sombong ?
Membanggakan diri sendiri
Terasa diri anda sangat bagus
Walhal anda antara manusia biasa sahaja
Cuma yang berbeza kelebihan yang ada pada diri anda
Tidak perlu bangga
Tidak perlu
Dan
Tidak perlu .

#1




Rindu ?
Sukar diungkap dengan kata-kata 
Walaupun kita selalu mengatakan rindu pada seseorang 
Tiada yang lebih indah daripada merindui seseorang 
Rindu sering datang dan pergi begitu saja 
Rindu yang datang dari hati 
Sukar untuk dipercayai 
Rindu seperti sesuatu yang tidak dijangka ia akan datang 
Segala kenangan yang lalu menimbulkan rasa Rindu datang secara tiba-tiba
Sakit bila merindui seseorang 
Sebab Rindu segalanya 
Rindu membuatkan hati gundah gulana
Resah 
Galau 
Tidak menentu . 

Tuesday, January 28, 2014

Kesyukuran


Biarkan Kesakitan aku dirahsiakan ,
Biarkan Tiada siapa yang tahu ,
Biarkan aku merasainya sendiri .

Aku tidakpernah menagih simpati ,
Itulah sebabnya aku tidak memberitahu apa yang berlaku ,
Segala yang berlaku mesti ada hikmah disebaliknya ,
Banyak sebab kenapa segalanya dirahsiakan

Sebelum ini terlalu banyak bantuan yang telah kau berikan ,
Segalanya tidak dapat ku balas ,
Hanya tuhan yang mengetahui segalanya .
Aku berdoa kepada Tuhan agar kau dimurah rezeki ,
Tidak pernah kau mengungkit kebaikan kau ,
Tidak pernah kau meminta balasan ,

Ya Allah mulianya hati ciptaan mu ini Ya Allah .

Sukar aku untuk aku percaya ,
Kewujudan makhluk Tuhan yang begitu Indah ,
Mulia Hatinya ,
Semoga dipermudahkan segala urusan baginya .
Aku bersyukur dikurniakan Sahabat yang banyak memahami ,
Yang banyak membantu .
Aku panjangkan kesyukuran kepada Maha pencipta .
Alhamdulillah
Ucapan syukur aku kepada-Mu Ya Allah .




Friday, January 24, 2014

Khilaf


Hanya kerana masalah sekecil zarah diperbesarkan , 
Kadang kala kita terfikir sifat sensitif manusia tidak dapat dielakkan ,

Namun ,

Tidak pernahkah kita terfikir bahawa sifat sensitif itu memudaratkan perkara yang lain ,

Walhal ,

Perkara sekecil itu dapat dibincangkan secara aman .

Perlukah ?
Wajarkah ?

Tidak perlu rasanya kita memperbesarkan hal yang kecil semata-mata
Untuk menjaga hati diri sendiri .
Hati orang , Hati diri sendiri
Sukar sekali untuk dijaga .
Tidak perlu memberontak ,
Tidak perlu memaki hamun ,
Sedangkan perbuatan sedemikian lagi memalukan kita .
Kita tidak berbuat salah ,

Hanya ,

Sedikit kecelakaan yang berlaku ,

Dan  

Memberi pengajaran sepanjang Kehidupan kita .

Thursday, January 23, 2014

Kehidupan




Kita takmampu nak buat semua orang Tersenyum Bahagia ,
Kita takmampu nak puaskan Hati semua orang ,
Kita juga takmampu membuat sesuatu perkara dengan Sempurna ,
Baik macam mana pun Kita ,
Hormat mana pun kita ,
Walaupun kita taksempurna ,
Gembira mana pun kita ,
Dan
Bahagia mana pun kita ,
Tapi
Tetap juga kita dilabelkan Jahat ,
Buat baik mana pun kita kat orang ,
Kita takboleh nak buat semua orang suka kat kita ,
Kehidupan kita ni ,
Kita takkan terlepas daripada
di Kutuk ,
di Maki ,
di Umpat ,
Namun
Kita hidup bukan untuk puaskan Kehendak semua orang ,
Tapi lebih daripada
Menjalankan tanggungjawab yang diberikan .

Kehidupan yang dijalani bukannya semua sempurna tapi kita perlu Bersyukur atas nikmat yang diberikan . Tuhan yang mencipta , Tuhan yang menentukan segalanya .
Tidak perlu ,
Berbangga diri ,
Tidak perlu juga ,
Menganggap diri tu sempurna ,
Kita hanya Makhluk Tuhan yang biasa .