Sunday, April 26, 2015

Minor Surgery Teeth of 48

Ehem ehem ehem

Bismillahirrahmanirrahim .

Assalamualaikum w.b.t

Baru baru ni aku , eh tak bukan baru baru ni , baru je 3hari yang lepas aku baru lepas buat Minor Operation .  

"Maigadd maigad operation lagi"  

Takde lah operation macam dulu , kena belah sana sini cucuk sana sini . Minor Surgery Teeth of 48 ni sebenarnya pembedahan kecil bagi gigi geraham bongsu . Gigi gedabak yang kat belakang tu . Macam ni kisah nya jah . Sebelum ni gigi yang geraham tu selalu sakit . Ingatkan nak tumbuh gigi je . Sakit dia tu sakit nak tumbuh gigi biasa . Lepas tu biarkan la sebab dia baik sendiri . Minggu lepas sakit dia datang balik , sampai nak kunyah makanan pun dah takbole . So , pegi lah klinik gigi yang dekat ngan rumah ni . Sebelum sambung study check je lah . Ayah cakap elak nanti sambung study takpegi kelas sebab sakit gigi je .

Masa check tu doktor suruh la buat Xray . *first time beb* macam kelakar jugak ar pakai baju berat tu Xray bagai . Dapat lah result kat situ jugak . Maigaddddd , gigi geraham belah kiri kanan tumbuh baring . Sedap je dia tidur kat dalam gusi tu *ngade* . Jadi doktor kata la "ni kena operate ni" dah la aku sorang je dalam tu . Takdedor pulak . Yang aku pikir  

"haihh masuk la lagi hospital operate lagi"
 
 Tu je lah dalam pikiran . Takterpikir bole buat kat klinik . Jadi dipendekkan cerita aku buat la appoiment ngan doktor untuk buat operation tu lah minggu depannya . Doktor bagi 2 obat antibiotik dan obat tahan sakit . Balik rumah aku tangan gatal sangat pegi search google . Search gila2 . Habis aku terjah semua . Makan lah obat yang doktor bagi . Alahai~ alergi pulakkk dengan antibiotik yang doktor bagi . Seksi bibir aku masa tu . Jadi call doktor , doktor suruh stop . Okay that's it sebelum operation .


Masa operation tu pukul 7.45malam . Sengaja buat malam biar taklapar sangat , terus tiduq je kalau sakit . Jadi doktor pun terangkan prosedur pembedahan & kesan selepas pembedahan . Aku dengan yakin dengar . Tapi jantung ni macam nak terkeluar pun ada . Doktor pun start menukang . Dia inject bius dalam 4kali . Memang separuh mulut takde rasa pape dengan telinga2 takde rasa . Sepanjang pembedahan memang aku tutup je lah mata . Nangis tu jangan cakap la kan *memang gembeng* . Ntah ape yang doktor gerudi gigi aku ni . Last last doktor cakap

"dah keluar dah dik gigi tu" 

aku pun

"eh bila masa keluar"

  Ambik masa 1jam jugak nak keluarkan . Gigi aku ya ampun besar gedabak .
Jadi lepas operate tu ek eleh kerek nak mampos senyum2 cakap kat semo taksakit taksakit . Tepat je pukul 930malam bius dah habis meraungg aku . Ya Allah sakit gilaaaa . Nasib sebelum tu dah telan pill killer yang doktor bagi . Malam tu memang takbole tidur . 1 pagi bangun nangis2 , 2 pagi bangun darah banyak keluar nangis lagi . Sampai lah pagi . Muka memang la dah sembam asyik nangis je .

Soalan lazim la orang tanya

"Sakit tak?"

Macam yang tadi aku cakap , masa pembedahan memang takde rasa , cuma rasa doktor nak patahkan je mulut aku . HAHAHAHHAHAHA 😂 . Pastu habis bius sakit la . Esoknya dah taksakit . 

"Apa kesan sampingan dia ?"


Kesan dia ada banyak . Ni memang common kalau orang yang buang gigi geraham .

1) Sakit tu biasa memang biasa . Taksakit tu yang luar biasa . *joke*

2) Mulut nak bukak ada limit . Sebelum operate 3jari yang bole masuk dalam mulut . Tapi lepas tu hanya 2 atau 1 jari je bole masuk . Macam kena gam la . So makan tu memang takkunyah la *aku telan je*

3) Kuman tu alah kalau takgosok gigi lepas operate tu memang la dia datang kan .

4) Rasa kebas tu biasa sangat biasa . Tapi satu malam je la rasa kebas . Sebab bius tu kan . Bila telinga gatal , nak mengamuk pun ada *memang da mengamuk da*

5) Pendarahan tu pun sama . Jangan makan@minum benda yang panas . Nanti darah keluar je

Rasa tu je kot dah cukup untuk share share kat sesiapa yang nak buat . Jangan takut lah . Cuma sakit sikit je . Lebih baik buang sebab nanti lama lama sakit .