Saturday, January 24, 2015

Dafuq

Konon taknak ambik tau ,
Tapi kau sibuk sibuk nak tau .

Konon cakap serupa buku ,
Tapi kau pun sama .

Konon bahan orang serupa sampah ,
Tapi kau taksedar diri .

Konon bicara macam laut berbelah ,
Tapi hampeh kosong .

Konon cakap orang lebih ,
Tapi kau yang melebih lebih .

Konon kau lebih hebat ,
Tapi rupanya macam hapeh .

Konon tunjuk baik serupa malaikat ,
Tapi kau macam syaitan yang sibuk menghasut .

Konon kau cakap orang itu ini ,
Tapi kau 2 kali lima macam diaorang .

Dafuqq . Cakap jangan lebih ��

Thursday, January 22, 2015

Sedar diri

Aku tahu aku siapa ,
Aku tahu aku taksehebat dia ,
Aku tahu aku taksepandai dia ,
Aku tahu aku taksecantik dia ,
Aku tahu semua tu .

Tapi yang aku nak dihargai ,
Bila aku ada semua jangan diam ,
Jangan jadi bisu ,
Jangan jadi pekak ,
Jangan jadi buta ,

Susah .
Sedih .

Thursday, January 15, 2015

Motif sebenar ?

Bismillahirahmanirrahim .


Walaupun aku tahu takda orang nak baca entry aku , aku tetap suka nak share kat sini . Sebab kalau nak cerita kat orang takde lah ramai orang nak dengar . Jadi aku ambik keputusan untuk gagahkan jari jemari yang gendut ni untuk menaip .

Sejak dari dulu , i was macam kaunselor yang tak berbayar . Sibuk hok sana sini dengar kisah sedih orang . Bagi orang nasihat sana sini . And the end orang tu tinggalkan kau macam tu . Mudah faham perasaan orang tapi perasaan sendiri macam haram nak faham . Aku rasa ramai orang penah rasa macam ni kot . Dok bagi orang nasihat 'ye ye kau kena sabar' tetiba part diri sendiri memang taklah kan . Bukan semua benda yang kita boleh cerita or share kat orang . Ada benda yang boleh ada benda yang takboleh . Depends kat korang la nak macam mane . Sebab bukan semua orang nak dengar kau membebel , lagi lagi dengar masalah kau . Lagi lah time part kau dah menangis macam nak susu .

Tapi kebanyakannya orang sibuk dok cerita pasal Cinta , Family . Hmmph aku kadang kadang malas nak dengar tapi kesian . Dia dah susah susah nak cari orang bagi dia buang sampah yang dalam hati dia dan dan kita takmo dengar . Macam apa dah .

Ramai kawan aku yang sibuk menangis tiap tiap malam sebab ingat ex boyfriend . Kadang kadang tengok je la reaksi aku macam mana . Tengok dari keadaan .

"AKU SEDIH LA DIA TAKINGAT AKU"
"MACAM DIA BAGI HARAPAN PUN ADA"
"YELA AKU TAKMACAM PEREMPUAN/LELAKI YANG DIA SAYANG"
"SUSAH LAH AKU NAK PERCAYA"

Reaksi kat atas tu , tu lah ayat ayat yang normally aku dengar . Bagi aku kau takpayah lah nak merana kan diri , menangis tiap tiap malam . Makan tak rasa enak . Tidur taklena . Bagi aku takperlu . Move on tu memang lah susah tapi kalau kau cuba mungkin boleh kan .

Aku cuma nak ingatkan , usia kau muda lagi . Belum tahap 20 tahun . So , takperlu lah nak beriya -iya menangis macam tu . Okay okay aku pun penah macam tu (jangan lah family aku baca entry ni , nahas aku) . Tapi takde lah teruk macam tu . Aku makan tetap berselera , mandi basah je , tidur lena betul air liur basi pun ada keluar aku rasa . hahahaha . Dan lagi satu kalau Perempuan/Lelaki tu dah tinggalkan kau takperlu la kau nak terhegeh hegeh . Dah dia taknak taknak lah kan . Takperlu paksa . Mungkin ada benda yang kau buat dia taksuka . Kalau rindu tahan je lah .

Aku kalau nak cerita problem macam ni takdelah nak kongsi kat semua orang . Cuma aku cari orang yang betul betul aku percaya . Takkisah lah dia nak response ape . Yang penting aku boleh buang semua sampah sarap yang membusuk kat hati aku ni . Aku kalau dah takboleh cerita sangat aku buang masa dalam bilik nangis then , cakap sorang sorang . Kadang-kadang rasa Bodoh pun ada .

Sebelum sebelum ni aku memang giat meng-update blog ni dengan entry entry bodoh . Lepas dah jadi budak agak matang ni , aku delete semua post bodoh tu . hahahaha . Malu gilaa .

Jadi sesiapa yang penah baca entry bodoh tu sila lah lupakan dalam ingatan Anda tu ye ! Sekian .
Bila nak ingat balik semua cerita lama aku rasa aduh kenapa lah kau bongok sangat sangat . Rasa macam nak ulang balik nak betulkan semua tu . Sadokan je diri tu untuk tahan malu yang amat tu . Dulu aku rajin sangat buat entry pasal kawan kawan aku yang gila . Asal ada cerita baru je mesti mesti post . Ala jakun . Kau kena faham perasaan aku tu . Masa nak delete semua entry tu menangis pun ada , ketawa macam hik hokk pun ada . Tapi nak buat macam mana kan ? hahaha . Dah dah malas nak throwback . Nak nangis pun ada .

Sebenarnya moif aku pun taktau . Disebabkan dah takde benda nak buat . Ambik masa jugak nak buat benda alah ni . Daripada aku tunggu The Return Of Superman habis download kan .

Berbalik kepada yang mula-mula tadi . Aku cuma nak ingatkan jangan sedih sedih . La Tahzan , Allah selalu ada dengan kita . Walaupun kat mana je lah kau pegi ke Allah mesti mesti ada . Doa je doa doa doa je . Tu macam kunci untuk hati kau yang berduka lara tu lah . Sebelum tidur lepas solat isya' tu solat taubat biar hati tu bagi tenang . Kalau perangai kau tu panas baran taktentu hala macam aku ni , jangan putus asa . Tu hormon tu ke sifat sejak azali . Taktau la jah !

Sekian saja . Kalau jah bosan lagi jah baru post . Assalam .

Wednesday, January 14, 2015

Betulkan sikit hati tu .



'Kita je yang hidup dalam kenangan'

Memang betul .
Taksemua orang sayang kita ,
Taksemua orang rindu kita ,
Taksemua orang yang ingat kenangan .

kecuali

Orang yang sayang orang lain ,
Orang yang rindu orang lain ,

Bukan senang nak lupa kenangan yang terindah ,
Bukan senang nak lupa kenangan yang terpahit ,
Bukan senang ,

Kita takboleh mengharap seseorang yang kita sayang ,
Sayang kita ,
Kita takboleh mengharap seseoorang yang kita rindu ,
Rindu kita ,

Kadang kadang kita mengharap
Bukan sahaja mengharap ,
Tapi terlalu terlalu mengharap
Walaupun semua memori ada di ingatan tapi kita takmampu nak luahkan
Takmampu nak bagitahu semua yang kita sayang
Takmampu nak bagitahu semua yang kita rindu

Rindu dan Sayang tu bukan nya boleh bagi sebab
Bukan boleh tahan tahan
Semua tu datang sendiri
Nak halang
Nak lupakan
Semua takboleh .

Friday, January 9, 2015

Kau ! Lusa da sekolah .




Bila aku tengok junior junior aku twit , update facebook , update moment pasal sekolah aku terasa rindu gila nak pegi sekolah ,
Memandangkan lusa dah sekolah kan aku nak share la beberapa macam mesti dan mesti budak budak sekolah buat .

Bila jadi budak sekolah mesti korang rasa 'Bapakkk ar bosan nak mampos'

dan aku rasa korang salah . Bagi aku sekolah antara one of benda yang paling best sepanjang hidup kau . Yela kan kau da tua takkan kau pergi sekolah except cikgu la kan . Tapi tu lain , cikgu datang nak mengajar kan .

Beberapa minggu sebelum sekolah ...
Budak budak sekolah mesti la pegi beli baju sekolah , kasut sekolah , beg sekolah , pencil case .
Ada yang pakai je tahun lepas punya . Aku masa Form 5 pakai kasut Form 4 , masa nak ambik Spm kasut aku da macam belacan . Teruk betul rupa dia . Sekolah aku kena pakai kasut hitam , so takde la nampak kotor cuma yang aku bengang dengan kasut hitam ni . Bila dah lama lama hitam tu bertukar coklat . Aku takrasa aku pakai kan kasut aku ni krim pemutih . Baju sekolah yang lepas pun yang boleh pakai lagi , pakai la kan . Takpayah membazir , membazir amalan SETONNNNN . Aku takdelah nak beli baru je . Cuma kalau dah buruk sangat baru beli . Beg beli tapi takpakai , nak jugak pakai beg tahun tahun lepas . Aku pakai beg masa Form 2 sampai Form 5 aku pakai . Da berapa banyak kali aku jahit . Kayy buku sekolah mesti la beli , buku teks pinjaman kan . So aku sebelum nak ready pegi sekolah tu aku sampul dah . Mata aku rimas kalau taksampul . Semua nya aku sampul . Buku latihan beli kat Kedai Buku pun aku sampul . Perapi orangnya *mohon mereput*

Sehari sebelum nak sekolah tu aku memang top up awal awal , sebab aku tahu mesti ramai gila yang mesej suruh tunggu depan sekolah ke kumpul kat kantin ke kat perhimpunan ke . Ataupun beratur nanti sama sama . Nak tanya kelas mana . Tu biasa lah kan . Budak Sekolah .

So masa kat sekolah , dah tunggu kawan kawan . Bila taksama kelas masa tu la nak mereput . Macam hantu semua . Sibuk sibuk nak pegi kelas lain nak tengok kawan satu kelas dengan sapa . Pastu bila cikgu da masuk mencicit semua duduk . Masa yang ditunggu tunggu pemilihan ketua kelas . Ni yang paling aku menyampah . Nak pilih pun susah . Padahal tiap tiap tahun muka dia je jadi ketua kelas . So sepanjang aku sekolah takde la aku tengok ketua kelas tukar-tukar . Asyik muka tu je yang jadi . Baik takpayah pilih . Kalau kelas aku kiteorang cari ketua kelas yang paling pemalas . So kiteorang akan terlepas daripada ponteng . hahahahah *gelak SeTONN*

Masa rehat semua kena sama sama , beli makanan sama . Duduk tempat sama . Semua sama la . Biasa lah tu .

Bila ada homework bulan pertama , Alahai baiknyaaa anak mak . Masuk bulan kedua jangan jadi macam *!@# sangat . Perangai memasing macam hapeh . Homework tergendala . Kena denda tu biasa . Aku penah kena denda lari padang sebab taksiap keje maths , tulis 1000 ayat 'saya berjanji saya akan bawak buku' masa ni takbawak buku bm last last ada dalam beg rupanya dan lain lain

Asal kasut baru je 'Gila laaaaa bau kedai' Aku la selalu bahan orang , sebab aku jarang kasut baru .
Takde lah setiap kali barang baru je mesti aku cakap bau kedai .

Masa Form 4 dan Form 5 botol air aku besar gedabak . Sebab kongsi 6 orang . Ramai tuh . Bila air habis yang terakhir sekali pegi beli ar kat kantin . Kadang kadang diaorang lupa , menyampah aku !
Masa Form 2 asal air habis pegi refil dekat bawah dekat dengan pejabat . Air tu sejukkkk .

So aku nak cakap JANGAN MENYESAL KALAU PEGI SEKOLAH . HAVE FUN !

Sunday, January 4, 2015

Apa benda alah la ni

Disebabkan aku terlalu bosan , sampaikan dah macam takdak kerja lain aku nak buat kat rumah ni .



KEMAS RUMAH

MASAK *sampai berat aku melambung naik*

ONLINE

BACA NOVEL

Aku rasa tu benda paling tepu yang penah aku buat . Lama gila cuti . Macam adohai cepatlaa nak pegi PLKN . Kalau orang nak duduk rumah je kan ? Bang adik kakak atuk cucu meh baca nih , kalau kau duduk rumah pun lama lama kau pun rasa kau nak have fun kat luar kan ? Kau still nak keluar kan ?

Macam tu jugak aku . Disebabkan ayah kerja , taktaw bila dapdat cuti . My mummy takut nak drive ke sana ke sini , so aku duduk rumah je la .

Asal tak kerja ?

Soalan nih aku da rasa nak muntah da . Belum masannya lagi . Aku nak rasa cuti , yang sebenar benarnya cuti . Macam ni Bila kau dah kerja sekarangkan kau da ada pengalaman . Okay itu la kan . Cuba nanti kau da habis belajar , pastu kau kerja . Kau rasa ape ? Rasa pressure gila nak kerja . Jadi nikmati la cuti kau ni . Even kau rasa bosan tapi sekurang kurangnya kau takde la stress nanti akan datang . Tu opinion aku la kan . Bagi aku nanti serious aku menyesal gila aku takcuti betul-betul .

Aku  takpandang rendah kat kawan-kawan aku lepasan Spm ni kerja . Aku salute diaorang , serious ! Sebab diaorang takmacam aku yang sentiasa nak duduk bawah ketiak mummy ngan ayah je . Diaorang pandai cari pitih nak beli something . Kalau aku ? Tunggu elaun dari ayah tiap tiap bulan tu la yang aku buat belanja . Nampak sangat aku ni terlalu bergantung . Tapi aku teringin jugak nak berdikari sendiri macam member-member yang lain . Mummy ngan ayah belum bagi keizinan lagi , diaorang cakap selagi aku takkawin selagi tu diaorang nak jaga aku . Alhamdulillah aku ada parents yang selalu ambil berat pasal aku

Takdapat bayangkan siot kalau aku sambung belajar nanti . Semua kena buat sendiri . Aku nak beli makanan kat sekolah pun takut . Memang lah kadang-kadang aku nampak berani . Nampak je berani tapi tak pun . hahaha . Aku ni pengecut tahap gajah takut tikus . Ha ? macam tu lah .

Jadi , moral of this story aku kena berdikari . Acehhh cakap boleh ar kak cuba buat sendiri , memang taklahh .

Andi tolong jangan terlalu MANJA

Thursday, January 1, 2015

Tahun sebelum sebelum ni

Assalamualaikum w.b.t


Actually , aku ni sangat bosan . Sebab kena menghadap buku Kpp ni . Takmasuk otak langsungg .


So , aku bukak wechat aku tengok ada kawan aku post kenangan dia masa zaman sekolah dulu . Aku macam terpikir pulakk nak buat . Bosan kan . Bukan selalu aku tiru orang . Ye ke idok ?
Nak start dari mane ? Start dari Form 1 la kan . Masa sekolah rendah banyak aku da takingat .
Macam ni masa form 1 dulu aku takdelah lonely sangat macam orang lain sebab aku ada kawan2 yang aku kenal since sekolah rendah . Tapi bila da cikgu bahagi2 kelas tu kiteorang terpisah . Ala macam dalam geng aku tu aku la yang paling bangang . Nak kata bodoh taksedap pulak . Hahaha . Aku masuk la kelas yang cikgu da tetapkan . Masa mula2 masuk kelas tu aku takkenal sape2 taw . Serious . Dan mula lah sorang budak lelaki ni tegur aku . Peramah nak mampos . Padahal dia tegur aku sebab dia suka member aku . Jap jap kebetulan masa tu masuk kawan sekolah agama aku dalam kelas tu . Yang budak lelaki yang tegur aku tu la yang suka kawan aku ni . Pusing punya pusing aku dengan budak lelaki ni jadi best friend sampai sekarang . Masa Form 1 , alahai aku takmatang langsung tudung takbergosok semua la kan . Malu aku nak cite . Biasalah cinta monyet mestilah ada kan . Bodonyaaa masa tu kalau pikir balik . Benda da lepas nak buat macam mane kan . Hahahaha . *punya aku nak cover* Form 1 takde menarik sangat cerita aku .

Rehat jap daripada baca panjang2 . Gambar ni masa Form 3 . Last day sekolah . Kurang satu orang sebab dia pergi mane ntah masa tu . Takingat . 

Ni aku nak masuk masa Form 2 . Ni part paling best . Masa Form 2 kelas aku kat atas sekali taw . Aku dapat geng baru . Cepat dapat kawan aku ni . Hahaha . Masa tu nak kata aku menyetan takdelah menyetan sangat . Nakal nak mampos . Aku dengan kawan2 aku ni memang kaki ponteng . Bukan ponteng sekolah taw . Ponteng kelas je . Pastu masa setengah tahun tu aku dapat satu kelas ngan geng aku . So kena pindah kelas bawah . Masa tu bapakkk arr . Aku ingat masa kelas Sivik . Memang cikgu tu membosankan dan kitaorang takde sivik kot . Hahaha . Ponteng sampai satu kelas yang tinggal 2 3 orang je dalam kelas tu . Punya dajal kitaorang . Pastu cikgu tu pun pindah . Aku rasa dia da taktahan kot ngan kitaorang . Masa kelas Seni lagi lah . Konon nak ambikkan barang seni . Kelas seni 30minit aku ngan kawan2 yang lain ambik barang 25minit . Masuk kelas 5minit je . Masa tu kelas seni lagi satu masa nak rehat so kitaorang ambik kesempatan . Lepak bilik guru sebab bilik guru baru tu aircond . Masa agama lagi teruk . Kan kena gabung kelas . So complete set geng aku . Masa tu cikgu agama tu merangkap jiran aku tu takde . Ntah sebab ape eak . Aku lupa . Ada la cikgu ganti . Kitaorang ni paling duduk belakang sekali memekak macam harem . Keluar kelas pusing satu sekolah . Masa ni rindu gilaa . Masa tu kan famous taw budak2 lelaki main separing *aku taktaw macam mane nak eja* aku taktaw la aku best game tu sampai budak lelaki obses nak mampos . Masa ni masa budak2 dah up la kan nak cari couple masing2 . Hahaha . Pastu ada satu masa tu kat kelas agama , aku ingat lagi . Satu member aku ni ni cakap "eh aku nak buat dare la . Jom main dare" so kitaorang 6orang setuju . Aku jadi mangsa keadaan . Kiteorang kena usha sorang2 budak . Masa ni alahai malu gila . Semua asyik duit habis sebab beli topap . Kelakar . Asyik call  , mesej . Usha sampai dapat tu la padah nya . Kelakar nak mampos . Jahat gilaa . Pastu masa tu zaman cornetto baru popular taw . So yang diaorang ni sibuk2 beli cornetto . Aduh kelakarr gilaa . Kelakar2 pun aku rindu macam nak mati . Bila pikir balik macam nak ulang balik pun ada , malu pun ada . Bila kiteorang 6orang throwback semua berdekak .

Masa Form 3 pulakk . Lagi la macam apa . Form 3 masa tu sekolah pagi . So pagi2 budak2 yang ada kapal ni sibuk la dating pagi2 . Hahahahahahaha . Masa ni geng bertambah . Semua nak kata matang takdelah matang . Petang stayback sebab nak main running man . Rindu gilaa . Balik sekolah tu singgah 7e beli makanan yang enak ke kedai runcit mane ntah beli maggi . Duduk rumah member masak ramai2 . Aku ingat lagi penah kiteoraag stayback masa tu duduk sekolah je taw . Kiteorang kumpul duit syiling banyak2 buat prank call . Masa tu aku gelak guling2 sakit perut aku ketawa . Rindu . Pastu jalan kaki ramai2 pegi kedai mamak nak lunch . Duit takcukup memasing kumpul sama2 . Masa tu susah senang semua sama2 . Sorang merajuk memasing ada yang malas nak layan . So sorang ni la datang selesaikan masalah . Kelakar masa tu . Benda sikit je nak gaduh . Masa rehat semua makan ayam letak sambal . Kalau takde ayam , semua makan biskut koop . Konon masa kalau stay petang nak belaja . Semua macam harem . Duduk library main kejar2 , main chi ku pang , dating . Hahahahaha . Penah sanggup kongsi2 tempat duduk nak main internet kat library . Asal ada crush semua macam apa .

Masa ni Masa Form 4 . Aku dah pindah da . Kiteorang gather balik rindu nak mampos time ni .

Rindu gilaaa .

Aku nak cerita Form 4 dengan Form 5 takde la menarik sangat macam Form 2 . Paling rindu tu laa . Masa zaman sekolah la paling aku rindu . Rindu gila . So adik2 jangan sia2 zaman sekolah anda . Macam bodo je aku ingatkan budak2 . Hahaha .
That's it . Assalam .