Hanya kerana masalah sekecil zarah diperbesarkan ,
Kadang kala kita terfikir sifat sensitif manusia tidak dapat
dielakkan ,
Namun ,
Tidak pernahkah kita terfikir bahawa sifat sensitif itu
memudaratkan perkara yang lain ,
Walhal ,
Perkara sekecil itu dapat dibincangkan secara aman .
Perlukah ?
Wajarkah ?
Tidak perlu rasanya kita memperbesarkan hal yang kecil
semata-mata
Untuk menjaga hati diri sendiri .
Hati orang , Hati diri sendiri
Sukar sekali untuk dijaga .
Tidak perlu memberontak ,
Tidak perlu memaki hamun ,
Sedangkan perbuatan sedemikian lagi memalukan kita .
Kita tidak berbuat salah ,
Hanya ,
Sedikit kecelakaan yang berlaku ,
Dan
Memberi pengajaran sepanjang Kehidupan kita .
No comments:
Post a Comment